Tuesday, December 16, 2014

Air,Angin,Udara,Tanah..Sekarang Semua Dah Kena Cukai..Sokong Ler Lagi


Berita terkini untuk kaki pancing apabila
dikhabarkan pihak Jabatan Perikanan akan
mewajibkan kaki pancing untuk mengambil
lesen terlebih dahulu sebelum dibenarkan
memancing bermula tahun 2015 nanti.


Jabatan Perikanan Malaysia telah
mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai
perkara ini dan difahamkan tujuan perlesenan
ini dilaksanakan adalah untuk mengawal
populasi ikan serta mengelak aktiviti mencari
ikan dengan cara yang salah seperti aktiviti
bot tunda di perairan cetek.


Bagi pemancing yang ditangkap tidak
mempunyai lesen akan dikompaun dan akan
akan didakwa di mahkamah jika terus
melanggar kesalahan tersebut.
Menurut Jabatan Perikanan lagi, kajian ini
telah dilakukan selama 12 tahun dan dijangka
akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat
kelulusan dari Lembaga perlesenan dan Majlis
Perundangan Negara.

Objektif utama Perlesenan sukan memancing
ini adalah satu usaha untuk menaik taraf
sukan reakrasi di lautan dan memastikan
populasi spesis ikan dapat dikawal.
Plan dan kajian selama 12 tahun oleh Jabatan
Perikanan ini akan diwartakan pada 2015
setelah mendapat kelulusan dari Lembaga
perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.
Kadar yang dicadangkan dalam perlaksanaan
perlesenan ini ialah RM10/ tahun seorang dan
setiap pemancing akan dibekalkan satu buku
log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan
tangkapan ikan di lautan.


Peratutan ini telah diwartakan oleh Jabatan
Perikanan telah diwartakan sejak 27
November 2014 dan akan dibentangkan pada
tahun 2015 untuk mendapat kelulusan
sebelum ianya dikuatkuasakan diseluruh
negara- Siakapkeli.com.my

No comments:

Linkwithin